JULAI 2024

Premier Terima Beberapa Kunjungan Hormat Hari Ini


KUCHING, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari Tun Abang Hsji Openg menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Pengurus Mubadala Energy, Nr Khalfan Al Mansoori bertempat di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Kuching, hari ini.

Sejurus selepas itu, Premier turut menerima kunjungan hormat daripada dua syarikat tenaga yang berpangkalan di China iaitu Shanghai Electric Power T&D (M) Sdn Bhd dan China Three Gorges International Limited (CTGI) diketuai oleh Pengarah Shanghai Electric Malaysia, Zhang Xiaohui yang berminat untuk berkolaboratif dengan Kerajaan Sarawak membangunkan industri tenaga boleh diperbaharui di rantau ini.

Hadir sama, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi dan Presiden Shanghai Electric Power T&D (M) Sdn. Bhd, Shao Jian Ming, Naib Presiden Shanghai Electric Power T&D (M) Sdn. Bhd, Yang Xing Hai, dan Pengerusi Shanghai Electric Malaysia, Chen Ping.